Teringatkah anda dengan kisah menantu kaya dan miskin yang melawat bapa mertua untuk meraikan hari jadinya. Selalu sahaja apabila tiba situasi sebegini, salah seorang daripadanya pasti akan mencari masalah dan menjadi bahan untuk dimalukan. Bukan salah ibu dan bapa mertua untuk menimbulkan suasana sebegini, tetapi kadangkala dari menantu itu sendiri.
Kisah ini berlaku kepada seorang rakan netizen yang menceritakan pengalamannya dan menjadi insiden yang tidak dapat dilupakan ketika beliau melawat bapa mertuanya dalam sambutan hari jadi. Jelas sekali beliau amat berkecil hati dan berasa sangat sedih apabila menceritakan kisah dan insiden meluluh hati tersebut sehingga menitiskan air mata.
Netizen ini menceritakan kisah rakannya ini:
Ibu dan bapa mertua rakan saya mempunyai dua orang nak perempuan dan keduanya telah berkahwin. Anak perempuan yang tua telah berkahwin dengan seorang yang kaya, manakala anak perempuan yang bongsu telah berkahwin dengan lelaki yang miskin.
Suami anak perempuan yang tua merupakan seorang usahawan kaya yang memiliki sebuah pasaraya. Manakala rakan saya yang merupakan anak perempuan bongsu telah berkahwin dengan seorang lelaki miskin yang tinggal di kampung dan bekerja kasar di bandar.
Pada satu hari bapa rakan saya telah mengadakan majlis sambutan hari jadinya dan menjemput kedua menantu lelaki dan anak perempuannya ke rumah. Menantu lelaki yang miskin membawa bahan-bahan yang segar dari kampung untuk memasak hidangan istimewa bagi bapa mertuanya. Menantu miskin ini dengan hati yang gembira telah memasak banyak hidangan yang lazat.
Menantu lelaki miskin ini tahu bapa mertuanya akan suka memakan hidangan istimewa yang disediakan olehnya. Dengan memasak menggunakan kayu api, menantu lelaki miskin ini memasak sup daging dengan lobak kesukaan bapa mertuanya. Menantu ini membuat satu dapur sementara di halaman rumah dan memasak kesemua hidangan yang lazat dengan menggunakan kayu api.
Dengan beberapa jenis lauk, menantu lelaki miskin ini dan isterinya telah menghidangkan hidangan tadi di atas meja makan keluarga dan mereka semua menunggu kepulangan menantu kaya dengan keluarganya untuk memulakan majlis tersebut. Setelah menyelesaikan kerjanya di waktu petang, menantu kaya telah bergegas pulang ke rumah bapa mertuanya untuk meraikan hari jadi tersebut.
Apabila menantu kaya ini sampai dan melihat makanan yang telah disediakan di atas meja, dia telah berkata kepada semua orang, “Makanan ini semua nampak macam tidak menyelerakan! Ayuh, mari semua naik ke van dan saya akan belanja kamu semua hidangan paling istimewa di hotel dan selepas itu kita pergi menyanyi dengan riang di karaoke. Ini hadiah buat bapa mertua.”
Dan semua yang berada di dalam rumah itu menaiki van menantu kaya dan langsung tidak mengusik hidangan yang disediakan menantu miskin dengan bersusah payah itu. Jadi, apa pendapat anda dengan sikap biadap menantu kaya ini?
Sumber : COCO01




