Keindahan alam semulajadi adalah satu fenomena ciptaan Tuhan yang benar-benar mengasyikkan. Kesempurnaannya melambangkan betapa indahnya dunia yang wujud di sekeliling kita ini.
Di Costa Brava, bahagian timur laut Sepanyol, satu kejadian yang mempesonakan berjaya dirakam oleh jurugambar bernama Daniel Biber.
Kredit: Daniel Biber/ SWNS
Dalam peristiwa ini, anda akan berpeluang untuk menyaksikan sekumpulan burung sedang membentuk formasi cantik sambil terbang tinggi di udara.
Kredit: Daniel Biber/lensculture
Fenomena ini sungguh menakjubkan dengan mempelihatkan ratusan atau mungkin ribuan burung bergerak secara seragam dan membentuk pelbagai formasi menarik di langit merah.
Kredit: Daniel Biber/lensculture
Daniel yang berasal dari Hilzingen, Jerman tidak melepaskan peluang keemasan untuk mendapatkan hasil gambar terbaik.
Kredit: Daniel Biber/lensculture
Burung-burung ini telah membentuk seperti seekor burung gergasi seolah-olah ingin menunjukkan kepada dunia bahawa “kami lebih besar daripada anda”.
Kredit: Daniel Biber/lensculture
Hasil tangkapan gambar yang sempurna ini berjaya membuatkan Daniel memperoleh hadiah dalam pertandingan fotografi peringkat antarabangsa.
Namun menurutnya, dia hanya menyedari bentuk-bentuk berkenaan hanya selepas melihatnya di komputer.
Kredit: Daniel Biber/lensculture
“Saya begitu tekun ketika mengambil gambar pada masa itu dan tidak sedar bahawa burung-burung ini telah mencipta bentuk burung gergasi di udara. Saya hanya menyedarinya selepas melihat gambar-gambar tersebut di komputer”.
Kredit: Daniel Biber/lensculture
Ini adalah kejayaan kali pertama Daniel dalam misi untuk mengambil gambar burung-burung yang berterbangan di udara.
Kredit: Daniel Biber/lensculture
“Sebelum ini, saya cuba untuk mengambil gambar burung yang sedang terbang namun hasilnya tidak seperti yang saya harapkan”.
Kredit: Daniel Biber/lensculture
Sumber: Bored Panda









