Di pantai Norway, Kjell Robertsen telah menggunakan beberapa roti untuk menarik perhatian burung camar supaya dia dapat beberapa rakaman video burung spesies itu secara lebih dekat. Selepas 5 bulan, dia akhirnya mendapatkan semula kameranya GoPronya bersama rakaman yang dia mahukan.
Agak-agaknya apa yang berjaya dirakam burung camar tersebut? Jom saksikan sendiri penggambaraan burung camar dengan GoPro!
Beberapa ekor burung camar diumpan dengan beberapa keping roti
Seekor daripada burung camar itu mula ‘mencapai’ GoPro dan membawanya terbang bersamanya
Tinggi… dia tidak melepaskan peluang untuk terus terbang tinggi walaupun dengan GoPro yang ada pada mulutnya
Pemandangan dari atas udara yang terakam melalui GoPro yang dibawa terbang, cantik!
GoPro itu kemudian terjatuh dan burung camar itu cuba mengambilnya semula tetapi tidak berhasil