Secara semula jadi, apabila terdapat “ahli baharu” dibawa masuk ke dalam rumah, pelbagai tindak balas ditunjukkan oleh haiwan peliharaan lain yang mengundang rasa bimbang pada tuan rumah. Keadaan yang sama telah dialami oleh seorang pemilik haiwan peliharaan di Jepun. Sebelum ini, pemilik haiwan peliharaan tersebut telah memelihara enam ekor kucing dan seekor anjing. Mereka semua hidup aman damai sehinggalah tuan mereka membawa masuk seekor anak kucing baharu ke dalam rumahnya.
Tuan mereka cuba mengadakan sesi perkenalan diri antara ahli lama dan ahli baharu rumah itu.
Kelihatan enam ekor kucing itu berkumpul di tepi sangkar dan merenung ke arah anak kucing baharu yang bernama Milky itu. Biarpun suasana sepi tetapi mereka seolah-olah memberitahu, “Walaupun warna bulu awak berbeza daripada kami semua tetapi awak hanyalah junior kami. Jangan mengada-ngada dan manja dengan tuan.” “Ingat, di dalam rumah ini ada peraturan, awak harus patuh!” Masing-masing nampaknya seperti sudah memberi pesanan dan amaran kepada Milky.
Kini tibalah giliran anjing yang bernama Shiba untuk berkenalan dengan Milky. Shiba menghampiri sangkar untuk melihat Milky dengan lebih dekat. Kedua-dua haiwan ini saling berbalas pandangan kerana inilah kali pertama mereka bertemu dan masing-masing teruja memandangkan mereka daripada spesies yang berlainan.
“Siapa awak?” tanya Shiba kepada Milky. Mungkin disebabkan Milky mempunyai warna bulu yang berbeza daripada enam ekor rakan kucing yang lain, Shiba berasa pelik. Namun tiba-tiba Shiba bertindak di luar jangkaan sehinggakan tuannya tidak dapat menahan ketawa melihat tindakan Shiba terhadap Milky.
Anda mahu tahu apa yang dilakukan oleh Shiba terhadap Milky? Saksikan video di bawah dan pasti anda juga akan ketawa melihatnya. Selepas itu, kongsikan kepada kenalan anda yang lain kerana mungkin mereka juga tidak pernah menyaksikan adegan seperti ini.
Sumber: COCO01



