Menteri Besar Negeri Sembilan digantung seumur hidup selepas insiden baling kad merah 40 tahun lalu


Menteri Besar Negeri Sembilan memaklumkan bahawa beliau telah digantung seumur hidup daripada bermain bola sepak setelah dilayangkan kad merah dalam satu perlawanan yang berlangsung kira-kira 40 tahun yang lalu.

Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, walaupun kini menjawat jawatan sebagai Presiden PBNS, penggantungan tersebut tetap diteruskan dan beliau sendiri mengakui kesalahan yang dilakukannya dalam insiden berkenaan.


Ketika menceritakan semula mengenai peristiwa tersebut, Hasan menjelaskan bahawa perlawanan bola sepak ini berlaku dalam perlawanan akhir liga tempatan pada tahun 1977.

Perlawanan ini melibatkan pasukannya, NS Malays menentang NS Indians di padang NS yang kini dikenali sebagai padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS).


Kredit: Panoramio

“Dalam perlawanan itu, saya bermain sebagai pertahanan ditugaskan mengawal pemain kebangsaan, G. Torairaju dan permainannya sangat bagus, dia laju”.

Menurut beliau, kad kuning telah diberikan kepadanya setelah beliau bertindak mengasari Torairaju. Namun, beliau telah membantah keputusan berkenaan dan bertindak menendang bola sehingga terkena kepada pengadil.

Insiden tersebut membuatkan pengadil mengeluarkan kad merah kepadanya. Namun, berang dengan keputusan tersebut, Hasan telah mengejutkan semua orang dengan merampas kad berkenaan daripada tangan pengadil lalu membalingnya ke atas pokok.


“Saya tidak boleh bermain lagi selepas itu, ia adalah perlawanan terakhir saya secara rasmi.”

Tidak sangka, beliau pernah dilayangkan kad merah satu masa dahulu ketika berkhidmat untuk pasukan negerinya dan sehingga kini masih menjalani hukuman penggantungan tersebut.

Tambah Hasan lagi, sekitar tujuh ke lapan tahun yang lalu, terdapat usul daripada ahli majlis PBNS untuk menamatkan penggantungan berkenaan namun ditolak olehnya.


Mole

“Saya kata tidak perlu kerana saya salah dan saya layak dibuang padang”.

Walau bagaimanapun, hukuman tersebut hanya dilaksanakan di dalam liga bola sepak Negeri Sembilan sahaja.


Sumber: NST dan Utusan Online