Buaya Amerika terbesar di dunia berjaya ditangkap sebuah keluarga di Alabama, kini menjadi pameran di muzium


Ini adalah buaya Amerika terbesar pernah ditangkap dan ia memecahkan rekod dunia. Dan kini ia dipamerkan di Muzium Alabama, Amerika Syarikat.

Haiwan pemangsa ini berukuran 4.8 meter panjang dan mempunyai berat 458.58 kilogram. Buaya Amerika ini telah ditangkap pada bulan Ogos 2014 oleh keluarga Stokes di Mill Creek, Alabama, Amerika Syarikat.

Buaya terbesar di Amerika ini telah diawet dan diletakkan sebagai pameran di ‘Montgomery Zoo’s Mann Wildlife Learning Museum’.

Buaya terbesar ini telah ditangkap pada bulan Ogos 2014 oleh keluarga Stokes. Mereka adalah Kevin Jenkins dan anak-anak, Savannah Jenkins dan Parker Jenkins serta pasangan John dan Mandy Stokes.


Haiwan pemangsa. Buaya ini menjadi bahan pameran di ‘Montgomery Zoo’s Mann Wildlife Learning Museum’.


Besar! Buaya ini berukuran 4.8 meter panjang dan mempunyai berat 458.58 kilogram.


Satu pencapaian. Mandy Stokes (dua dari kanan) berkata buaya ini berusia antara 24 hingga 28 tahun, berdasarkan kepada analisis tulangnya.


Buaya Amerika yang terbesar dalam rekod dunia ini sedang diukur.


Sebelum ini buaya Amerika terbesar pernah ditangkap di Alabama ialah berukuran 4.32 meter panjang dan seberat 380 kilogram.

Mandy Stokes berkata, ia mengambil masa selama lima jam untuk menangkap buaya ini bersama suaminya John Stokes dan keluarga abang iparnya Kevin Jenkins dan anak-anaknya Savannah dan Parker pada bulan Ogos 2014.

Pada waktu itu Mandy berkata, keluarganya berhadapan dengan pelbagai emosi apabila berhadapan dengan haiwan pemangsa ini sebelum melawan, menangkap dan membunuhnya dengan senapang. Mereka menghadapi kesukaran untuk membawa buaya yang besar ini ke daratan.

Mandy Stoke bergambar di hadapan buaya keluarga Stokes.

Memerhati buaya terbesar yang mereka tangkap. Anak perempuan Mandy Stokes, Molly menjenguk pada buaya yang sangat besar ini.


Diawet sempurna. Mandy Stokes memuji kerja pengawetan yang dilakukan oleh juru awet binatang Ken Owens, dengan mengatakan, “Ia amat mengagumkan. Saya ingat ia akan menjadi awetan yang baik. Tetapi ia menjadi hasil kerja yang sangat hebat.”


Mendekati dengan berani. Beberapa orang kanak-kanak melihat dengan lebih dekat buaya keluarga Stokes.


Besar dan berat! Mandy dan John Stokes sedang mengeluarkan buaya yang telah diawet dari kenderaan mereka untuk diletakkan di muzium untuk pameran awam.


Ia masih rahsia. Buaya ini ditutupi dengan kain sebelum dipamerkan kepada umum.


Bangga. Krew dari keluarga Stokes yang berjaya menangkap buaya Amerika terbesar dengan menyimpan rekod dunia.


Perbandingan. Tangan manusia hanya sekecil ini berbanding hujung kaki buaya yang besar ini.


Penghantaran istimewa. Akhirnya buaya terbesar ini berjaya diangkat dengan jentolak dan dialihkan ke daratan dan ditimbang.


‘The Safari Club International’ mengesahkan yang buaya keluarga Stokes telah memecahkan rekod dunia sebagai buaya Amerika terbesar yang pernah ditangkap.


Ia mengambil masa selama lima jam untuk menangkap buaya Amerika terbesar di dunia ini.



Kredit imej : AP/ Sharon Steinmann/AL.com