Sama ada syarikat itu syarikat eletronik, peralatan rumah, restoran makanan segera atau penyedia perkhidmatan, perkhidmatan selepas jualan yang terbaik merupakan perkara utama yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah syarikat jika ingin mencapai kejayaan.
Di bawah adalah contoh syarikat yang membawa hubungan dengan pelanggan ke tahap lain yang lebih tinggi dengan bertindak tidak membiarkan para pelanggan mereka berada dalam kesukaran dan memberi perkhidmatan terbaik.
1. Syarikat perabot terkenal mengecat meja dengan imej anak kuda bersama Tyrannosaurus Rex atas permintaan pelanggan
Kredit : Pavis0047/ imgur.com
Seorang pengguna Imgur dengan nama Pavis0047 telah menempah satu meja dari syarikat ‘The Human Solution’. Oleh kerana tempahan itu tidak sampai pada waktunya, syarikat telah meminta maaf dengan membayar pampasan yang unik.
Syarikat itu telah melukis gambar anak kuda bersama Tyrannosaurus Rex untuk pelanggan yang mengadu ini seperti yang ditulis dalam surat aduannya yang bernada gurauan.
2. Kedai Sainsbury’s menamakan semula salah satu produknya atas permintaan pelanggan cilik berusia 3 tahun
Kredit : jamandgiraffes
Seorang pelanggan Sainsbury’s bernama Lily Robinson yang berumur 3 tahun telah membuat permintaan dengan menghantar surat melalui blog ibunya.
Selepas tersebar di internet, Lily telah mendapat jawapan daripada Pengurus Pelanggan syarikat bernama Chris King yang berbunyi, “Ke hadapan Lily, saya rasa dengan menukar nama roti harimau kepada roti zirafah adalah satu idea yang baik. Ia lebih berupa zirafah dari harimau, bukan?” Dan kemudian, roti zirafah benar-benar dijual di seluruh cawangan Sainsbury’s.
3. Restoran stik membawa stik kegemaran dengan segera ke lapangan terbang untuk pelanggannya
Kredit : Peter Shankman/ twitter.com
Apabila mahu meninggalkan satu tempat dan berada di lapangan terbang, seorang pakar pemasaran bernama Peter Shankman telah menulis secara berjenaka di Twitter meminta ‘Morton’s Steakhouse’ menghantar stik kegemarannya di lapangan terbang.
Seorang wakil restoran tersebut telah menurut permintaan itu secara serius. Beliau telah datang ke lapangan terbang dengan lengkap memakai tuxedo dan menghantar kepada Peter stik kegemarannya.
4. Wakil perkhidmatan pelanggan sebuah syarikat amat menyukai gambar yang dilukis pelanggan lalu menghantar satu jam randik seperti dalam gambar
Seorang pengguna Imgur bernama Jettaboy04 telah membuat tempahan imej yang dilukisnya dengan syarikat percetakan ‘EasyCanvasPrint’. Seorang pekerja perkhidmatan pelanggan amat berminat dengan gambar yang dihantarnya itu dan menanya apa yang Pikachu pegang di tangannya. Selepas mengetahui ia adalah jam randik, mereka telah menghantar jam randik yang sama kepada pelanggan tersebut.
5. Syarikat Domino menyelamatkan nyawa pelanggan tetapnya
Kredit : Wikimedia Commons
Seorang pelanggan Domino bernama Kirk Alexander dari Oregon telah menjadi pelanggan tetap Domino dengan membuat tempahan pizza setiap hari. Apabila pada satu hari, Kirk tidak muncul selama dua minggu, pengurus Domino yang biasa ditempah Kirk, Sarah Fuller menjadi bimbang.
Wanita ini telah menghubungi polis dan pergi ke rumah Kirk dan mendapati Kirk telah jatuh sakit dan dia telah dibawa ke hospital dengan segera dan nyawanya telah diselamatkan.
6. Syarikat Samsung menghadiahkan sebuah telefon pintar kepada pelanggan dengan gaya kreativitinya
Kredit : permah/ imgur.com
Seorang warga Kanada bernama Shane Banneth ialah penggemar produk teknologi yang dikeluarkan syarikat Samsung. Sebelum mengeluarkan Samsung Galaxy S III dikeluarkan, beliau telah meminta syarikat Samsung menghadiahkannya dengan model terbaru, dengan melukis gambar seekor dinosaur yang lucu bersama dengan suratnya.
Pada mulanya, permintaanya telah ditolak, tetapi selepas kisahnya dikongsi di internet, dan ia menjadi sangat popular. Akhirnya, syarikat Samsung menghadiahkan telefon pintar Samsung Galaxy S III dengan edisi terhad menampilkan gambar dinosaurnya.
7. Syarikat Dell menggantikan monitor komputer yang rosak dengan yang baru kepada pelanggannya
Kredit : Cold86/ pikabu.ru
Kisah ini dikongsi seorang pengguna Pikabu bernama Cold86. Dia menulis, selepas setahun menggunakan monitor Dell, terdapat kecacatan yang muncul di bawah skrin.
Lelaki ini mengambil gambar kecacatan itu dan menghantarnya kepada bahagian perkhidmatan pelanggan Dell. Sebulan kemudian, satu monitor Dell yang baru telah dihantar kepadanya.
Kredit : Bright Side






