Detik menyayat hati seorang ibu bebaring di sisi anaknya yang nazak, mengetahui punca mengapa anaknya begitu pasti akan buat anda tersentuh


Pada April lalu, Sherri Kent dari Calgary, Kanada, telah memuat naik fotonya bersama anaknya disertakan dengan kapsyen di laman Facebooknya. Foto itu menunjukkan dia berbaring bersebelahan dengan anak lelakinya yang berusia 22 tahun, Michael, di atas katil hospitalnya, ketika dia dalam tidak sedarkan diri.

Tujuannya memuat naik gambar dan status tersebut adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai terutama ibu bapa bahawa fentanyl adalah pembunuh nombor satu di Kanada. Dia berharap para ibu bapa akan lebih memberi perhatian kepada anak-anak mereka akan bahayanya dadah.


Dia menulis, “Anak saya bukan penagih, dia membuat kesilapan yang boleh membahayakan nyawanya. Saya hanya mahu membuat semua orang sedar tentang wabak ini yang berlaku sekarang telah membunuh 5-7 orang sehari di setiap bandar di Kanada. “

Dadah ini sememangnya boleh membawa maut, iaitu 50 kali lebih kuat kesannya daripada heroin yang boleh menyebabkan kematian walaupun dos yang rendah digunakan.

“Ia tidak terkawal dan tidak ada cara untuk melindungi anak-anak kita selain daripada memberi amaran kepada mereka mengenai betapa bahayanya penggunaan dadah hari ini.”


Bercakap kepada CBC News, Kent teringat detik-detik terakhirnya dengan anaknya: “Mereka menyediakan ruang buat saya di atas katil di mana saya boleh berbaring dengan anak saya dan bercakap dengannya. Di situlah saya memberitahu dia bahawa saya masih bangga dengannya. “


Dia juga menjelaskan bahawa Michael dan kakaknya sedang melakukan kerja-kerja penghantaran barang apabila mereka bertemu dengan seorang lelaki yang menawarkan mereka dadah. Kakaknya memaksa dia untuk tidak menerima dadah tersebut, tetapi dia keluar untuk berjumpa dengan lelaki itu pada hari berikutnya dan mengambil ubat-ubatan tersebut di dalam tandas sebuah kedai, yang mengakibatkan dia terlebih dos dan akhirnya mambawa kepada kegagalan jantung.


“Ketika ambulans tiba di sana dia sedang mengalami serangan jantung,” kata Kent. Michael kemudiannya meninggal dunia di hospital.

“Ia adalah salah satu perkara paling sukar yang pernah saya hadapi dalam hidup saya,” katanya. “Percayalah, ini adalah hari-hari yang paling teruk dalam hidup saya.

Dia juga mengesyorkan bahawa sesiapa yang menggunakan ubat-ubatan terlarang atau mempunyai rakan-rakan yang menggunakannya cuba dapatkan kit NARCAN yang boleh membantu mencegah seseorang daripada menggunakan dos berlebihan.

Sehingga kini status Facebooknya telah dikongsi lebih daripada 100,000 kali.



Sumber: NTD.TV