Sejak akhir-akhir ini, kedengaran banyak rungutan guru-guru yang mengakui penat dan tidak mampu mendidik remaja zaman sekarang yang semakin biadap tingkah laku. Kebanyakannya menyalahkan industri hiburan, terutamanya pelawak dalam menyebarkan unsur-unsur negatif yang seterusnya menjadi ikutan ramai.
Hal inilah yang diluahkan seorang guru, Roshida Abu Bakar di Facebook, apabila dia sudah tidak tahan dengan sikap pelajar yang tidak berlapik ketika bergurau senda dengan cikgu.
“Tak ada niat nak malukan sesiapa. Cuma nak beritahu, pengaruh loyar buruk pelawak-pelawak ini memang makin merosakkan anak-anak muda. Atas alasan gurau, remaja lupa batas hormat.
“Pada tahun 2012, masa saya buat ujian lisan Bahasa Inggeris, seorang pelajar tingkatan dua datang dan perkenalkan dirinya, “My name Tumulak”. Lepas itu dia ketawa. Dia ingat lawak ke? Ini ujian kot,” katanya.
Malah Roshida menjadi bertambah bengang apabila pelajarnya gemar membuat gurauan kasar hanya kerana kesalahan ejaan atau typo semasa bersembang di aplikasi WhatsApp.
“Bila saya tengok Gegar Vaganza, cara hos layan peserta dan juri macam tak ada batas umur. Tak lawak dan biadap bunyinya. Inilah anak muda kita. Macam mana guru nak betulkan bila pelawak ini idola mereka, guru jadi seteru?” katanya lagi sambil meletakkan beberapa screenshot daripada posting Che Wan yang menarik perhatiannya.
Disebabkan perubahan zaman dan penggunaan bahasa yang berbeza dalam kalangan anak muda, Roshida cuba untuk mendekati pelajarnya dengan menggunakan ‘bahasa’ yang dituturkan mereka. Dia cuba melayan mereka seperti seorang rakan, namun semuanya berubah apabila gurauan tersebut melampaui batas.
“I tried to understand and fit into the changes, use the vocabulary that they used regularly. Palat, sotoi, nganjing, ajet-ajet, ranjit – banyak lagi. But when we are open to build the rapport, cakap bahasa mereka, layan apa yang mereka suka, these kids started to get overwhelmed, excited and unawarely crossed the border.”
Meskipun apa yang dikatakan Roshida itu benar, namun gaya tegurannya di dalam mesej WhatsApp itu telah menimbulkan kecaman daripada netizen yang menganggapnya tiada beza seperti pelajar-pelajar biadap itu. Fuh cikgu pun cakap sila meninggal? Macam ini ke nak tegur anak murid??
Dalam isu ini rasanya adalah lebih baik jikalau guru mewujudkan jurang atau sentiasa berpada-pada apabila berkomunikasi dengan murid-murid. Jikalau hendak menegur, gunalah bahasa yang betul dan bukannya bahasa pasar seperti yang digunakan tadi.
Salah seorang netizen juga sempat memberi teguran panjang lebar kepada Roshida yang dirasakan sangat berguna untuk semua guru di luar sana. Tak salah sporting, tapi mesti kena pada gayanya!
Anda rasa bagaimana? Patutkah seorang guru menegur anak muridnya dengan cara macam tu? Dan bagaimana cara yang baik untuk seorang guru tegur anak muridnya yang biadap? Pelajar sekarang pun boleh tahan juga bahasanya. Pedih hingga ke tulang hitam kalau dengar mereka berkata-kata.